nazainik blog @_@

nufnang

Tuesday, January 20, 2015

Cocoon crochet JDT

My husband cousin tempah cocoon baby....
Cik aini sip offer letak nama lg

Bila dah siap
Wallah......very nice picture hihihi

Suka la baby tu dok dalam selimut baru die ni.....
Mesti comel kan....kompom tak mau kuar dari cocoon tu.....
Hahahahaha just joking....

Pancel case minion

Tada dah siap pancel case untuk anak kesayangan....
Belakang cik aini tulis nama depan letak mata minion....
Si haikal nampak terus tukar pancel case die yg hodoh tu huhuhu
Al maklum la peminat minion no1.....

Belajar pepandai yerk haikal huhuhu

Thursday, January 1, 2015

Pancel case instagram

Hihi ok tak pancel case instagram ni
Saje jerk buat....leh buat wallet gak pancel case ni kan
Nak buat isi tempat makeup pun boleh...
So cute instagram pancel case ni....

Nak temph just wasap je aini kat no ni
019-771 3487

Monday, December 22, 2014

Wallet zig zag

Alhamdullilah tempahan customer wallet zig zag dah siap....
Macam tak cukup tangan jerk cik aini nak menyiapkan tempahan customer..
Tak pe tak pe...usaha tangga kejayaan....

Crochet Crocodile Purse Pinky

Again
Crocodile purse again
Kali ni customer request color pink pulak...
Alhamdullilah

Crochet Crocodile Purse

Siap sudah purse crocodile crochet tempahan dari customer aini
Hadiah untuk mak nyer kata nyerrrrr
Alhamdulilah niat tu dah mulia kan....
Baik sungguh hati customer aini ni kan.....sayang la ibu anda selagi ia nya masih hidup....

Eh bertazkirah lagi huhuhu....
Jom la layan gambo pulakkkkk

Cocoon Pinky

Alhmdullilah siap jugak cocoon pinky request dari customer cik aini....almaklum la baru first time buat cocoon ni maka nyer lambat sikit amik masa....sebab tempahan aini yang amat memberangsangkan buat masa ni...

Alhmdullilah rezki kite milik Allah swt....Dia maha mengetahui segala nyer..apa yang  perlu dan tidak perlu.apa yang baik dan apa yang buruk.....

Eh hihihi bertazkirah sekejap....tu dia gambar si kecik comel pakai coccon pinky...customer sangat2 puas hati dengan set coccon ni....just Rm70 per set..... Lesss 10% untuk pembelian melebihi Rm50....

Untuk tempahan hubungi aini di 019-771 3487

Hafiz dan Wahida

Selamat sudah wedding cousin cik aini
Yang lelaki tu cousin cik aini....

Sabtu kenduri belah pompuan...cik aini gi nganto...tak der la jauh nohhhhh kat segamat jerk felda kemelah
Ahad pulak belah laki sebelah umah cik aini jerk....ok la tu...jalan terus....
Tak der la penat sanggat...buat terus serentak mcm ni pun ok

Kalo selang seminggu dah leceh nak kene balik kg lg huhuhu
Layannnnnnn kan jela.....

Wednesday, November 12, 2014

Kopiah Bergabung

Alhamdulillah siap sudah tempahan kopiah bergabung office mate cik aini....
p/s : semalam die siap sound cik aini.....camni die kate (cik aini awak lagi 2 minggu jerk lagi nak jumpa saya....kopiah saya mana....dah 8 bulan saya tempah dengan awak...org lain awak buat kan )

nge nge nge nasib la mu wahai office mate ku....dah mu kata....lambat2 pun tak per...kan dah betul2 lambat cik aini buat hihihi

anyway customer always right.....malam ni merempit buat ....esok tu dah suruh office mate acu kat kepala nasib la muat2 jerk tak besar tak kecik.....Alhamdullilah.....

senyum lebar la org yg pakai tu hahaha jangan serik yerk .....


Wednesday, October 15, 2014

GST OH GST

Apa itu GSTGST (Goods and Services Tax) atau lebih dikenali di Eropah sabagai VAT (Value Added Tax) mula diperkenalkan di Perancis pada 1954 oleh Maurice Lauré, untuk mengganti sistem yang sangat bergantung kepada cukai yang tidak menentu berdasarkan jualan bagi menyeimbang dengan sistem cukai pendapatan yang tidak begitu berkesan.

GST atau dalam bahasa Inggeris Goods and Services Tax adalah sejenis cukai di mana apa sahaja barang dan perkhidmatan yang digunakan oleh pengguna mengandungi elemen cukai. Sebab itulah ia juga dikenali sebagai cukai kepenggunaan (consumption tax). Dalam erti kata yang lain, asasnya jauh lebih luas daripada Cukai Jualan dan Cukai Perkhidmatan yang ada sekarang.

GST adalah cukai penggunaan dan ia berasaskan konsep nilai ditambah. GST dikutip daripada pelanggan untuk pihak kerajaan oleh organisasi perniagaan yang berdaftar dengan pihak berkuasa cukai.Pada 29 November 2009, Menteri Kewangan Kedua, Datuk Ahmad Husni Hanadzlah dalam kenyataannya telah mendakwa kerajaan akan memperoleh pendapatan cukai tahunan sebanyak RM 1 bilion dari GST. 

Lebih daripada 160 negara telah melaksanakan GST (Goods and Services Tax) ini menunjukkan sistem percukaian GST adalah "telus, berkesan dan sistem cukai yang adil."Pada ketika ini, jabatan-jabatan kerajaan yang mempunyai kaitan secara langsung dan tidak langsung dengan GST berusaha memberikan penerangan dan kesedaran kepada pengguna tentang GST (Kementerian Kewangan, Kastam Diraja Malaysia etc).

Mana-mana perniagaan yang belum didaftarkan akan diminta untuk membuat pendaftaran dibawah Kastam Diraja Malaysia sebagai badan pelaksana GST.Bagaimana GST dilaksanakanMenurut Laporan akhbar Pengarah Projek GST, En. Ezleezan Othman, Konsep GST dikenakan setiap peringkat iaitu dari pengilang, pemborong, peniaga dan pengguna. Pada setiap peringkat itu, peniaga boleh menuntut balik GST daripada kerajaan sebab GST merupakan cukai ke atas penggunaan.Peniaga tidak guna barang itu.

Sebagai contoh, mereka beli kerusi dan meja menjadi sebahagian daripada input perniagaan mereka. Jadi, apa jua GST yang dibayar ke atas meja ini, kita benarkan mereka tuntut balik.Cara tuntutan itu dikira berdasarkan ‘offset’ (penolakan) antara cukai yang dikutip daripada pelanggan dengan cukai yang dibayar perantara (pengilang, pemborong dan peniaga).

Sekiranya ada lebihan, perantara tidak boleh tuntut, tetapi mereka kena bayar kepada kerajaan, begitu juga sebaliknya.Contohnya, jumlah cukai yang dikutip daripada pelanggan ialah RM1,000, manakala cukai yang peniaga bayar ialah RM500. Ini bermakna ada lebihan RM500 dan mereka perlu bayar jumlah ini kepada kerajaan. Sekiranya ‘offset’ itu didapati negatif, kerajaan yang bayar balik kepada mereka.Pengguna hanya perlu bayar apa sahaja GST yang dikenakan peniaga dan tidak boleh tuntut daripada kerajaan. Konsep ini sama seperti di Eropah, tetapi ia dipanggil ‘Value Added Tax’ (VAT).

Hanya perniagaan yang mempunyai jualan tahunan (threshold) RM500,000 setahun dikenakan GST. Perniagaan itu mesti berdaftar dengan Jabatan Kastam. Mereka tidak boleh lari. Contohnya, kedai mamak yang jual nasi kandar, jika jualan tahunannya RM500,000, baru boleh kenakan GST enam peratus kepada pelanggannya.

Sumber, Sinar harian, 20 November 2013.Barangan & Perkhidmatan yang dikecualikan GSTGST adalah cukai untuk pengguna, ianya akan dikenakan ke atas semua barangan dan perkhidmatan. Namun, ada beberapa barangan dan perkhidmatan yang akan dikecualikan daripada GST antaranya adalah barangan makanan asas (beras, gula, garam, tepung, minyak masak, kacang dhal, rempas ratus, ikan masin, cencalok, budu, belacan), Bekalan air paip dan 200 unit pertama elektrik sebulan bagi pengguna, Perkhidmatan yang disediakan oleh kerajaan (pengeluaran pasport, perkhidmatan kesihatan, pembelajaran di sekolah), Perkhidmatan pengangkutan (bas, keretapi, LRT, teksi, feri, bot, tol lebuh raya), Jual beli dan sewa rumah kediaman serta beberapa Perkhidmatan kewangan terpilih.Adakah semua perniagaan perlu berdaftar di bawah GST?Perniagaan yang telah mencapai nilai jualan tahunan RM500,000 setahun diwajibkan untuk mendaftar dibawah GST.

Perniagaan yang tidak mencapai nilai jualan tahunan yang dinyatakan diatas tidak perlu mendaftar dibawah GST. Walau bagaimanapun, mereka masih boleh memohon untuk berdaftar secara sukarela.KesimpulanPada pendapat saya, kebanyakan daripada kedai duit lama di Lembah Klang mencapai nilai jualan tahunan RM500,000 setahun dan akan dikenakan GST. Mereka tidak boleh lari sebab pegawai kerajaan akan datang ke premis untuk membuat siasatan sama ada kedai tersebut akan dikenakan GST.

Peniaga-peniaga kecil sama ada online ataupun dipasar karat mungkin hanya sedikit sahaja yang akan dikenakan GST kerana nilai jualan yang kecil.Oleh itu, ada kemungkinan besar harga barangan duit lama akan meningkat sebaik GST dilaksanakan pada 1 April 2015.Walau bagaimanapun, untuk peniaga online, anda perlu mematuhi Peraturan Perlindungan Pengguna (Urus Niaga Perdagangan Elektronik) 2012 yang mula dikuatkuasa pada 1 Julai 2013. Anda perlu memaparkan informasi berkaitan syarikat anda pada laman jualan (Nama anda, nombor pendaftaran perniagaan atau syarikat, Alamat email, No. telefon, Harga terperinci barangan dan kos berkaitan, kaedah pembayaran, anggaran masa penghantaran barangan etc), ini untuk membolehkan pembeli mengetahuinya dengan mudah. Selain itu, anda juga perlu menyimpan data pembekal anda sekurang-kurangnya selama 2 tahun.Read more: http://www.malaysiancoin.com/2014/02/malaysia-gst-goods-and-services-tax.html#ixzz3G8lEGn2G Under Creative Commons License: Attribution

Ok yg bawah sekali tu cik aini suka...
Boleh la gi daftar compani pasni....
Sebelum ni mcm takut2 jerk nak g daftar company hihi...
Saya suka saya suka saya suka...
Yahoooo

Salam Aidil Adha

Aidil adha dah lepas...
Harini baru nak ucap huhu
Apa la cik aini ni kan...
Sori la kengkawan ki sekalian
Billl tertonggak....tak berbayar huhu semalam baru sempat bayar...
Nasib ada hp canggih....canggih la sgt KAN.. leh skodeng fb my hubby kiki

Selamat hari raya aidil adha semua...
Meriah tahun ni family cik aini...
Masakan lagi la meriah
Lemang ada, ketupat ada
Rendang ada,kuah kacang ada

Punah ranah diet ku
Adoiiii aiiii

Goodies bag

Alhamdulilah siap juga tempahan cousin cik aini ni
Goodies bag oren biru
50 pc only..katanyer untuk pihak lelaki....
Alhamdullilah....
Terima kasih nini tempah dgn cik aini hihi
Hope your wedding happy ever after until jannah amin..

Kek coklat moist

Hai semua....cik aini semalam buat kek coklat moist again
Memang menjadi la kali ni..
Lembut jerk...bg budak2 opos mkn...dorg kate ok sedap,tak manis sgt...

Harus la tak manis kan...
Takut kne KENCING MANIS lerrr hihi
Tgah2 mood diet ni kan,,,kne la kurang manis...
Lagi satu cik aini lebihkan koko untuk bg pahit sikit...

Sebab ada juga la cik aini terbaca dekat artikal tu
Makanan pahit ni bgus tuk kesihatan...
Eh ada kne mengena ke dgn kek ni bahahaha
Nasib la dapat kawan mcm cik aini ni kan..

Tu dia rupa tak menawan tak per la
Tapi rasa die memang seeeeedap....

Friday, October 3, 2014

PTP SAFETY DAY 2014

Pagi tadi cik aini dok tgah layan kerja kat opis
Cik somi call...kate hari ni ada safety day kat ptp
Siap suruh amik anak kat umah pengasuh
Kata nyer ada trip bus masuk port

Waaa bunyi mcm menarik
Tapi en somi ada meeting...suruh cik aini gi dgn anak2
Tak mau la kalo gitu kan....kalo gi dgn die ok la jgak,..
Gi sesorang dgn anak tak mau...

Terus je cik aini ckap...kalo abg habis meeting awal kite gi...
Alhamdullilah die habis meeting awal huhu
Cik aini gi amik anak2 kat umah pengasuh
Bawak sekali anak pengasuh tu sorg sebab takut hafiy kacau cik aini tgah drive...hihi

Tak mau la citer panjang2...
Jomnlayan gambar super duper PTP SAFETY DAY
cik aini pun loklak men sekali game bahahahaha

Diet Salad day 5

Salam sejahtera semua...
Hari ni menu salad lagi....
Selagi tak habis salad n bahan2 yg sedia ada dalam peti tu
Itu la menu cik aini...
Minggu ni nk mebeli belah lagi...tapi tak tau nak beli ape...
Sebab menu salad itu aje yang cik aini tau...wahhh kene cari mr google ni huhuhu...

Actually boleh campur tuna kan kan....nak yang instant jerk cik aini ni...
malas la pulak nak rebus ayam la ,daging la.. cari yang dalam tin je la aci taktak huhuhuhu....

diet tu diet jugak umber protein perlu ada....sekarang ni cik aini minum esp and mealshake shaklee so cik aini tak risau tentang protein tu...

Ok kite tgok je la nanti menu cik aini minggu depan...
sekali sama da mcm kat bawah ni huhuhuhu
aptb la kiki

selamat berdiet kepada ku and teman seperjuangan ku semua ...
chaiiiyok

Diet salad day 3 & 4

Ok untuk hari ke tiga cik aini still mkn salad n madu toyiiiibah tu....
Malam cik aini mkn bubur....terpaksa masak bubur sebab anak cik aini kembung perut

So mlm kene masak ringan2....bubur ok la kan....
Bubur telur and sayur sawi rebus...no oilyyyy
Telur pun cik aini goreng gne minyak zaitun...
Minyak rendah kalori huhuhu

Hari ke empat pula cik aini terlupa nak bawak bekal salad...
Ceh terlupa konon...bangun lambat tak mau cakap kikiki
So siang tu cik aini telan biskut kering yg ada kat opis  ni huhu..
Malam cik aini masak bubur lagi....sebab anak yg sulung pulak kembung perut.
lauk bubur,sayur rebus,telur,ikan kering,

Pastu cik aini letak sikit bawang goreng huhu...rangup n cik aini suka sangat
2 pinggan habis bubur cik aini
Adoiiiii camne nak kurus niiiiiiii

Diet salad day 2

Salam you allsss
Cik aini still on diet...
Baru hari ke2 la katekan...semangat ofcoz la berkobar2..

Ni menu cik aini hari ni...
Saladddddd,tomato ceri,timun jepun,epal hijau n lemon....plus cik aini letak madu sikit
Madu TOYIBAH sebab ada satu blog kesihatan tu cik aini baca
Die cakap madu mempercepatkan proses penurunan berat badan...,
Sebab ia meningkatkan kite punya metabolisma badan....
Lagi tinggi metabolisma badan lagi cepat penurunan berat badan.....
Itu adalah FAKTA....so cik aini cuba la.....tak rugi pun...

Malam cik aini buat lempeng kosong....
mkn gitu jerk...tak cecah dengan kuah pape....
Habis 2 keping lempeng huhu
Lagi laju la cik aini mkn dgn si kecik tu....
Sedap dan mengenyangkan....

tu kalo cecah kuah mahu sepinggan lempeng cik aini telan bahahhaha :)

Monday, September 29, 2014

Diet Salad Day 1

Alhamdullilah hari ini cik aini berjaya tak mkn nasi huhu
Sebab cik aini bawak salad...memula payah gak nak telan salad tu
Nasib la cik aini perah lemon dlm salad tu...
Ada la rasa masam2 manis sikit salad tu....

Not bad la...sedap dan boleh di telan...
Dalam salad tu cik aini letak
Timun jepun,baby tomato,epal hijau....
Capsicum je lupa nak beli...em tak kisah la huhu
Yang penting hari salad ku telah bermula huhuhu

Air pun balik kerja baru minum air teh..
Kat ofis minum air lemon.....tanpa gula...
Memula minum ofkoz pelik....mcm tak leh trime tekak....pastu ok dah...
Telan je la....huhuhu...
Esok dan hari seterusnya mcm mn?.......
Harap2 boleh bertahan sehingga sebulan tanpa nasi :-D

Cabaran diet ketat bermula esok DIET SALAD

Waaaaaaa cik aini nak nagis dah ni...
Tadi gi klinik,konon nyer nak amik ubat demam haikal,
Nampak PULAK penimbang kat depan mata ni...
Apa lagi dah alang2 tu...gatal plak kaki ni nak memijak nyer

Huuuuh amik ko kan dah terbeliak bijik mata tuhhhh
72KG tu waaaaa.... Matila nak menurunkan berat badan...
Tu la makan tak ingat dunia...mulut tu 24 jam je mengunyah.....
Haishhhh padan dengan muka aku huhhu

Rilex2 nevers sekejap huhuhu
Start esok no rice,no sugar,no cekedis,
Adoi boleh ka mcm ni...

Nonono nanti aku gak yg pengsan...
Nak cuba diet salad plak...start esok wajib...
Dulu dah try die kalori menjadi
Sekarang nak try diet salad aka buah pun boleh...

Cabaran untuk esok
Buat pertama kali mkn salad
Mau pergi pekan beli salad n lemon....