nazainik blog @_@

nufnang

Tuesday, March 19, 2013

Tanda-tanda akan bersalin....



Terdapat beberapa tanda menunjukkan anda akan bersalin dalam masa terdekat. Antara tanda-tanda utama adalah:
1. Kontraksi yang kerap
Dalam bulan-bulan terakhir, sekali-sekala akan berlaku kontraksi, dimana uterus mengecut dan mengendur sebagai satu cara badan bersedia untuk melahirkan. Ini menyebabkan bayi tertolak ke bawah dan servik terbuka. Kontraksi yang berlaku sekali-sekala ini biasanya tidak menyakitkan dan dikenali sebagai Braxton Hicks. Jika berlaku lebih kerap, berkemungkinan ia adalah kontraksi untuk bersalin. Perhatikan perkara berikut:
Kekerapan kontraksi
Adakah kontraksi anda berterusan? Ukur masa kontraksi pertama dan kedua. Pastikan ia mempunyai pola dan teratur, seperti berlaku setiap 5 minit. Kontraksi palsu berlaku tanpa pola tertentu dan sekali-sekala sahaja.
Berapa lama kontraksi berlaku
Ukur tempoh kontraksi. Jika ia berlaku selama 30 saat pada satu-satu masa dan meningkat hingga 90 saat, anda mungkin telah bersedia untuk bersalin.
Bolehkah anda hentikan kontraksi
Kontraksi sebenar akan berterusan atau bertambah kuat apabila anda bergerak. Jika kontraksi berhenti apabila menukar posisi, berjalan atau melakukan aktiviti lain, besar kemungkinan ia palsu.
2. Keluar cairan seperti darah 
Semasa mengandung, sejenis lendiran darah menjadi palam penutup bukaan servik bagi mengelakkan bakteria memasuki uterus. Apabila servik mula menipis dan terbuka, palam ini akan terkeluar. Anda akan dapati lendiran yang likat berwarna coklat atau merah jambu dan kadangkala berbaur merah darah.
3. Pecah air ketuban
Bayi dalam kandungan membesar dalam satu beg cairan yang dipanggil ‘pundi amnion’. Apabila tiba saat melahirkan, pundi tersebut akan pecah dan cecair amnion akan keluar. Lebih lama masa diambil untuk bayi keluar selepas itu, lebih tinggi risiko jangkitan. Jika kelahiran tidak juga berlaku selepas ia keluar, anda mungkin dipaksa untuk melahirkan.
4. Desakan membuang air kecil
Jika anda rasa terdesak untuk membuang air kecil, itu tanda awal kelahiran kerana kepala bayi telah mula turun dan menekan pundi kencing.

Peringkat-peringkat kelahiran
Apabila telah sampai waktu melahirkan, ibu-ibu akan melalui 3 peringkat kelahiran. Bagi membantu menghadapi saat-saat ini, anda boleh:
• bangun dan berjalan-jalan
• minum air atau minuman isotonik untuk mengekalkan tenaga
• makan snek ringan
• minta teman melahirkan menggosok belakang anda bagi mengurangkan kesakitan
Peringkat 1: Servik mula terbuka
Kontraksi membantu melembutkan dan menipiskan servik serta membukanya. Banyakkan berehat dengan tidur atau berendam dalam air panas. Berdiri dan aktif secara perlahan juga membantu bayi untuk turun ke bawah dan servik untuk terbuka. Apabila bukaan melebihi 3cm, kelahiran akan bermula. Bagi kelahiran pertama, masa yang diambil daripada permulaan kelahiran kepada bukaan penuh adalah 6 hingga 12 jam. Anda akan diminta untuk meneran sehingga servik terbuka sepenuhnya dan kepala bayi dapat dilihat. Cuba untuk meghembus nafas perlahan-lahan dan dengan lembut. Jika keinginan untuk meneran terlalu kuat, lakukan dengan hembusan pendek.
Jika proses kelahiran dirasakan lama, ia mungkin dipercepatkan dengan memecahkan air ketuban atau memasukkan air yang mengandungi syntocinon dalam darah bagi menggalakkan kontraksi.
Peringkat 2: Bayi turun dan dilahirkan
Peringkat ini bermula dengan servik yang terbuka penuh sehingga bayi dilahirkan. Anda boleh memilih posisi yang dirasakan selesa bagi membantu kelahiran seperti berbaring, berdiri, duduk, melutut atau mencangkung. Jika merasa penat, berbaringlah di sisi. Jika mengalami sakit belakang, melututlah dengan kaki dan tangan.
Apabila servik telah terbuka sepenuhnya, anda akan merasa perlu untuk meneran. Apabila kepala bayi telah kelihatan dan mula keluar, anda akan diminta untuk berhenti meneran dan menarik nafas beberapa kali bagi membolehkan kepala bayi keluar dengan perlahan. Ini memberi masa untuk kulit dan otot perineum meregang tanpa koyakan. Kadangkala bagi mengelakkan koyakan dan mempercepat proses kelahiran, bahagian tersebut akan dibius dan guntingan episiotomi dilakukan.
Peringkat 3: Plasenta merenggang dan keluar melalui faraj
Selepas kelahiran bayi, kontraksi seterusnya akan membantu untuk mengeluarkan plasenta. Anda juga akan ditawarkan suntikan syntocinon untuk menggalakkan kontraksi dan membantu mengeluarkan plasenta.

No comments: