nazainik blog @_@

nufnang

Monday, February 24, 2014

Labu Kuning Sedap dan Berkhasiat

Labu Kuning Sedap dan Berkhasiat

Tumbuhan menjalar ini memiliki struktur dan bentuk daun lebar berlekuk dan berkelopak(lobed leaves) kelihatan cantik dan padat. Dahannya pula berbentuk sulur paut yang meliuk-liuk menjalar pada permukaan tanah serta mempunyai isi buah menarik berwarna oren.

Di Amerika Syarikat labu kuning ini dikenali sebagai Cucurbita moschata, Cucurbita pepo, Cucurbita mixta dan Cucurbita maxima berada dalam kultivar yang sama dirujuk sebagai labu kuning adalah sejenis tumbuhan menjalar.

Labu juga mengandungi begitu banyak khasiat dan sumber vitamin yang baik untuk pertumbuhan sihat kanak-kanak juga menyumbang kebaikan kepada orang dewasa. Buahnya kaya sumber kalsium, vitamin A, lutein, riboflavin, tiamin dan alpha serta beta karotena manakala biji benihnya kaya dengan sumber zink. Daun labu pula adalah sumber terbaik vitamin B manakala pucuk dan bunganya mengandungi kalsium, fosforus, dan zat besi.

Info menarik labu kuning


Kajian yang dilakukan oleh Jabatan Pertanian Amerika Syarikat(USDA) menyatakan sumber serat dan fiber yang tinggi dalam labu mampu mengurangkan nafsu makan seseorang.

Labu mampu mengubati penyakit ringan seperti demam, migraine, cirit-birit, penyakit ginjal. Gout dan menyembuhkan keradangan.

Hasil kajian di Amerika telah ditemui sejenis protin pada kulit labu yang mampu bertindak sebagai terapi untuk kecantikan. Protin ini berpotensi membunuh kuman yang menyebabkan jangkitan kulit.

Kandungan air dalam labu mencapai 90% dan telah tumbuh selama 5000 tahun

No comments: