nazainik blog @_@

nufnang

Monday, February 24, 2014

Perlukah Garam Dan Gula?

Kadang kala ketika menyediakan makanan untuk bayi, kita terfikir untuk menambah sedikit bahan perasa seperti garam dan gula. Kita membayangkan betapa tidak enaknya hidangan makanan tanpa dua bahan perasa utama tersebut.

Hakikatnya kita terlupa bahawa si kecil yang baru diperkenalkan dengan makanan pejal tidak tahu tentang rasa makanan. Mereka belum mengenal apa-apa rasa kecuali susu ibu. Mereka hanya mengenal rasa semulajadi makanan awal yang diperkenalkan

Oleh itu tanpa memperkenalkan rasa gula dan garam, ia sudah cukup untuk memenuhi keperluan rasa mereka. Bahkan sekiranya anda memperkenalkan bahan perasa tersebut terlalu awal kepada bayi, ia hanya akan menyebabkan beberapa risiko sahaja kepada mereka seperti:

* Bayi akan lebih menyukai makanan yang berperisa manis dan masin dan mula menolak makanan lain termasuk sayur-sayuran yang rasanya lebih tawar.

* Pengambilan gula terlalu awal hanya akan menyebabkan kerosakan gigi bayi saat ia mula tumbuh dan meningkatkan kadar kandungan gula dalam darah.

* Pengambilan garam terlalu awal boleh menyebabkan buah pinggang bekerja lebih kuat dan berisiko mendapat penyakit tekanan darah tinggi di masa akan datang.

* Sebaiknya elakkan menambah garam dan gula dalam makanan yang diberikan kepada bayi berusia setahun ke bawah. Selepas usia setahun, anda boleh mula menambahkan bahan perasa tersebut namun dalam kuantiti yang sangat sedikit (jika mahu). .

* Untuk pengetahuan, bijirin bayi mempunyai kandungan gula dan garam yang terlalu tinggi. Oleh itu ibu amat digalakkan untuk memasak sendiri makanan untuk bayi. Tetapi sekiranya terpaksa memberi bijirin bayi pastikan anda membaca label kandungan makanan tersebut.


No comments: